Wednesday, June 30, 2010

HARI TERBUKA SMK SUBANG 2010

Hari Terbuka SMK Subang pada tahun ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Julai 2010
Sesi Pagi : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi Petang : 2.30 - 6.00 petang

Ibu bapa dijemput hadir untuk mendapatkan laporan prestasi anak anda daripada guru kelas mereka. Kehadiran ibu bapa sangatlah dialu-alukan.

HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS)

Pelancaran Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Subang telah diadakan pada Isnin, 28 Jun 2010 di Laman Al-Irsyad. Majlis disempurnakan oleh Puan Bahariah bt Adnan, pengetua SMK Subang. Sempena HKS, pihak koperasi sekolah (Kosuba) akan menganjurkan bazar HKS pada hari Khamis dan Jumaat (1-2 Julai 2010). Pelbagai gerai jualan dibuka bagi memeriahkan HKS pada tahun ini. Diharap semua warga sekolah sama-sama menjayakan HKS 2010.

Monday, May 17, 2010

HARI GURU 2010

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010, bertempat di Laman Al-Irsyad. Pelbagai acara diadakan untuk meraikan guru-guru di sini.Gambar akan di'upload' kemudian.Harap bersabar.

Saturday, May 8, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) 2010 telah diadakan pada 8 Mei 2010. Majlis yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn.Hj.Bajuri b Hj.Abdullah. Terima kasih kepada Pn.Sharifah Zainab b Ahmad Zambri, selaku Penyelaras HAKA dengan bantuan guru-guru dan pelajar. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pentadbir sekolah di atas kerjasama dan nasihat yang diberikan bagi melancarkan majlis ini. Tahniah juga kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang.
Antara anugerah yang telah disampaikan ialah :

1. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2009
2.Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2009
3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM & PMR 2009
4. Anugerah Kedudukan 5 Terbaik Tingkatan 1,2 & 4 2009
5. Anugerah NILAM
6.Anugerah Mutiara
7.Anugerah Putera Mithali

Wednesday, April 14, 2010

PERASMIAN BULAN AKADEMIK 2010

Perasmian Bulan Akademik telah disempurnakan oleh En.Mustafa Kamal b Mohamed pada 5 April 2010 di Laman Al-Irsyad,SMK Subang. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena bulan Akademik. Minggu pertama merupakan Minggu Sains & Matematik, diikuti Minggu Kemanusiaan dan Minggu Votek & ICT. Semua pelajar digalakkan menyertai acara-acara yang dipertandingkan.

Tuesday, March 30, 2010

PELANTIKAN PRS

Majlis pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada 30 Mac 2010. En.Mustafa Kamal b Mohamad selaku Penolong Kanan telah menyerahkan sijil pelantikan kepada PRS yang baru dilantik. Semoga mereka dapat memberi khidmat terbaik kepada sekolah.

Monday, March 22, 2010

PEPERIKSAAN PRA PMR 1 & PRA SPM 1

Selamat menduduki Peperiksaan Pra PMR 1 dan Pra SPM 1 kepada calon PMR dan SPM 2010. Semoga anda semua mencapai kejayaan.