Friday, February 18, 2011

KELAS INTENSIF

Untuk makluman semua,sukacita dimaklumkan bahawa SMK Subang akan mengadakan Kelas Intensif untuk Tingkatan 3 dan 5 selepas waktu persekolahan seperti ketetapan berikut :

Tingkatan 3(PMR) 2011
Tarikh: Mac - Pertengahan Oktober 2011
Hari : Isnin - Selasa Masa : 1.30 - 2.30 petang

Tingkatan 5(SPM) 2011
Tarikh : Mac - Pertengahan Oktober 2011
Hari : Rabu - Khamis Masa : 1.30 - 2.45 petang
Hari : Jumaat Masa : 2.30 - 3.45 petang

Thursday, February 17, 2011

'SEIRI DAY'


Pada Sabtu, 19 Februari 2011,pihak sekolah akan mengadakan SEIRI DAY. Program tersebut adalah di bawah amalan persekitaran 5S khusus untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Semua warga SMK Subang terlibat membersihakan zon tertentu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa 5S. Semoga dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak, program ini dapat dijayakan dengan lancar.

Friday, February 11, 2011

HATRIK...SAPU BERSIH...

SMK Subang memang HEBAT. Menjadi JOHAN Merentas Desa Peringkat Daerah selama 3 tahun berturut-turut. Sempena Kejohanan merentas desa peringkat daerah yang diadakan pada 10 Februari 2011 di RRI Sungai Buloh,SMK Subang menyapu bersih semua kategori. Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah. Kerja keras dan usaha yang berterusan daripada pihak guru telah diterjemahkan dengan KEJAYAAN MANIS ini...TAHNIAH!!!..

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI FA CHAI

GONG XI FA CHAI diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang meraikannya. Sehubungan dengan itu, bermula 29/01/2011 sehingga 6/02/201 adalah hari cuti sempena Tahun Baru Cina.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Kejohanan merentas desa SMK Subang tahun 2011 telah diadakan di trek baru, iaitu kawasan Bukit Subang / Denai Alam pada 22 Januari yang lepas. Rumah Topaz telah muncul sebagai juara keseluruhan pada tahun ini. SYABAS.