Monday, April 20, 2009

MINGGU VOKASIONAL & TEKNIK

Aktiviti JUALAN MEGA diadakan sepanjang minggu ini sempena Minggu Vokasional & Teknik sekolah. Warga sekolah sama-sama memberikan sokongan kepada aktiviti ini. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual untuk memeriahkan suasana. Terima kasih di atas sokongan warga SMK Subang.

SIMULASI HAJI

Program Simulasi Haji anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Subang dan SMK Seksyen 10, Kota Damansara telah diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009.

















Thursday, April 9, 2009

TOYOTA ECO YOUTH PROGRAM 2009

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan SMK Subang yang telah berjaya mewakili Selangor dalam program Toyota Eco Youth 2009. Pasukan ini diketuai oleh Cikgu Nik Roh Hayati dan Cikgu Shamsinar bersama-sama murid-murid dari Tingkatan 1,2 dan 4. Untuk keterangan lanjut berkaitan program ini, anda boleh melawati laman web : www.toyotaecoyouth.com.

KARNIVAL MATEMATIK 2009

Sempena Bulan Akademik & Kerjaya 2009,panitia Matematik mengadakan Karnival Matematik sepanjang minggu ini ( 6 - 10 April 2009) . Pelbagai acara menarik disediakan,antaranya, Maths exploring, Sudut Matematik, Mathematic Games dan lain-lain lagi.

PELANCARAN PROGRAM MEMBACA

Program Budaya Membaca SMK Subang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia pada hari Rabu, 25 Mac 2009 bertempat di Laman Al-Irsyad,SMK Subang. Pelbagai acara disediakan sempena perasmian tersebut.Tema bagi program ini ialah Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.

Friday, March 13, 2009

KEHOHANAN OLAHRAGA 2009

Kejohanan Olahraga SMK Subang pada tahun ini akan diadakan pada 24 Mac 2009 bertempat di Kompleks Sukan Panasonic,Seksyen 21 Shah Alam.

Monday, March 2, 2009

MESYUARAT AGUNG KOSUBA SDN.BHD

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Subang ,KOSUBA Sdn.Bhd telah diadakan pada 27 Februari 2009 bertempat di Laman Al-Irsyad SMK Subang. Beberapa acara diadakan untuk memeriahkan lagi majlias, antaranya kuiz dan lelongan barangan kepada pelajar dan guru.

Saturday, February 28, 2009

BENGKEL PERKEMBANGAN STAF PANITIA SEJARAH





Pada 27 February 2009,panitia Sejarah SMK Subang telah mengadakan bengkel pembinaan slide persembahan menggunakan MS Power Point bertempat di makmal komputer sekolah. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada guru-guru sejarah bagaimana cara-cara pembinaan slide untuk P&P yang lebih berkesan. Puan Rozianawati bertindak selaku fasilitator dengan dibantu oleh dua orang guru praktikum UPSI,iaitu Cik Noor Hidayah dan Cik Noor Shuhadak.

Wednesday, February 25, 2009

SURAU AL-FALAH SMK SUBANG





Suaru Al-Falah kini berubah wajah. Deruan air terjun buatan dapat memberi ketenangan kepada warga sekolah.

KURSUS KEPIMPINAN PENGHULU MUDA

Kursus ini diadakan pada 25 Februari 2009, bertempat di Dewan SMK Subang.Gambar-gambar yang dirakamkan semasa kursus ini akn diupload kemudian. Harap sabar...

Monday, February 23, 2009

Kawad Kebakaran

Kawad kebakaran diadakan di padang SMK Subang pada 23 February 2009. Program ini adalah kerjasama pihak sekolah dengan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.


Tuesday, February 17, 2009

PERKEMBANGAN STAFF 2008



pentadbir bergambar kenangan bersama penyanyi undangan,Saudara Muadz.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-10 SMK SUBANG

Sambutan ini telah diadakan pada 4 Ogos 2007.

Monday, February 9, 2009

CYBER GAMES





Cyber Games Di MSU

Empat orang pelajar SMK Subang dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Cyber Games yang diadakan di MSU,Shah Alam.