Tuesday, March 30, 2010

PELANTIKAN PRS

Majlis pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada 30 Mac 2010. En.Mustafa Kamal b Mohamad selaku Penolong Kanan telah menyerahkan sijil pelantikan kepada PRS yang baru dilantik. Semoga mereka dapat memberi khidmat terbaik kepada sekolah.

Monday, March 22, 2010

PEPERIKSAAN PRA PMR 1 & PRA SPM 1

Selamat menduduki Peperiksaan Pra PMR 1 dan Pra SPM 1 kepada calon PMR dan SPM 2010. Semoga anda semua mencapai kejayaan.

Friday, March 12, 2010

11 MAC 2010

TAHNIAH...SMK Subang terus cemerlang..
sebagai teladan menjadi perangsang...warga terdidik bersemangat waja...
Cekal tempuhi cabaran mendatang..




KAMI BANGGA DENGAN ANDA....PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SPM 2009...

Thursday, March 11, 2010

CEMERLANG SPM 2009

Majlis penyampaian slip keputusan kepada pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009. Slip disampaikan oleh YDP PIBG SMK Subang, Kapten(B) Shamsudin dengan diiringi En.Mustafa Kamal dan bekas YDP PIBG, Tn.Kamal Abd Nasir. TAHNIAH...

KHAIZATUL AZREEN BT KAMARUZAMAN (10 A)

KEPUTUSAN SPM 2009

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga SMK Subang kerana peningkatan peratus lulus dalam keputusan SPM 2009. Saudari Khaizatul Azreen bt Kamaruzaman merupakan pelajar terbaik keseluruhan dengan keputusan cemerlang 10A. Tahniah diucapkan.Semoga kejayaan ini menjadi perangsang kepada calon SPM 2010.
En.Mustafa Kamal,Penolong Kanan SMK Subang mengumumkan keputusan SPM 2009 kepada barisan pentadbir dan guru-guru.

Guru-guru tingkatan sedang meneliti keputusan peperiksaan calon SPM 2009.

Thursday, March 4, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2010

Warga SMK Subang akan berkumpul di Kompleks Sukan Panasonic,Seksyen 21 Shah Alam pada hari Sabtu ini, 6 Mac 2010 untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahun 2010. Jom ramai-ramai kita gegarkan Stadium Matsushita..Adakah Rumah Syahbandar akan mengekalkan kejuaraannya...atau Rumah Bendahara, Temenggung dan Laksamana yang akan 'merampas' takhta kejuaraan pada kali ini..Sama-sama kita saksikan..JOM PI STADIUM....

Berikut adalah suasana di Kompleks Sukan Panasonic ketika kejohanan olahraga berlangsung.

Perbarisan rumah Bendahara-JOHAN-

Acara 100 meter P1

Tarik Tali...."Tarik kuat lagi Ustaz dan Cikgu Saha..."

Seperti mana yang sedia maklum....pada tahun ini,kejuaraan telah menjadi milik Rumah Bendahara....SYABAS...kepada pasukan yang kalah...TEBUS kekalahan ini pada tahun depan...Kegemilangan Kokurikulum Milik Kita Bersama...


















Monday, March 1, 2010

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis pelantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah yang baru telah berlangsung pada 1 Mac 2010, di Laman Al-Irsyad. Majlis ini disempurnakan oleh En.Mustafa Kamal b Mohamad selaku Penolong Kanan SMK Subang.

KURSUS KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM

Kursus kepimpinan unit kokurikulum yang melibatkan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari setiap unit berlangsung di Dewan Ibnu Sinar, SMK Subang pada 1 Mac 2010.
Gambar akan di upload kemudian.