Monday, April 20, 2009

MINGGU VOKASIONAL & TEKNIK

Aktiviti JUALAN MEGA diadakan sepanjang minggu ini sempena Minggu Vokasional & Teknik sekolah. Warga sekolah sama-sama memberikan sokongan kepada aktiviti ini. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual untuk memeriahkan suasana. Terima kasih di atas sokongan warga SMK Subang.

SIMULASI HAJI

Program Simulasi Haji anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Subang dan SMK Seksyen 10, Kota Damansara telah diadakan pada hari Sabtu, 18 April 2009.

















Thursday, April 9, 2009

TOYOTA ECO YOUTH PROGRAM 2009

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan SMK Subang yang telah berjaya mewakili Selangor dalam program Toyota Eco Youth 2009. Pasukan ini diketuai oleh Cikgu Nik Roh Hayati dan Cikgu Shamsinar bersama-sama murid-murid dari Tingkatan 1,2 dan 4. Untuk keterangan lanjut berkaitan program ini, anda boleh melawati laman web : www.toyotaecoyouth.com.

KARNIVAL MATEMATIK 2009

Sempena Bulan Akademik & Kerjaya 2009,panitia Matematik mengadakan Karnival Matematik sepanjang minggu ini ( 6 - 10 April 2009) . Pelbagai acara menarik disediakan,antaranya, Maths exploring, Sudut Matematik, Mathematic Games dan lain-lain lagi.

PELANCARAN PROGRAM MEMBACA

Program Budaya Membaca SMK Subang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia pada hari Rabu, 25 Mac 2009 bertempat di Laman Al-Irsyad,SMK Subang. Pelbagai acara disediakan sempena perasmian tersebut.Tema bagi program ini ialah Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.