Sunday, June 26, 2011

LARIAN 1M1S 1 MALAYSIA

PROGRAM LARIAN SERENTAK 1M 1S 1 MALAYSIA

Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 - 1.10




Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan yang berminat.



Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran ( Padang Esplanade) Taiping Perak oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

HARI TERBUKA SMKS 2011

Hari Terbuka SMKS 2011 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh
30 Jun 2011

Hari
Khamis

Masa
8.00 - 1.00 (sesi pagi)
2.00 - 6.00 (sesi petang)

Tempat
Kelas masing-masing

Kerjasama dan keprihatinan pihak ibu bapa amatlah dihargai.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada hari tersebut, anda boleh mengambil rekod kemajuan(keputusan peperiksaan)pada minggu berikutnya dengan membuat temujanji terlebih dahulu dengan guru kelas anak masing-masing.Terima kasih.

Sunday, April 17, 2011

HAKA-12

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) Kali ke-12 SMK Subang telah berlangsung pada hari ini, 16 April 2011 di Dewan Ibnu Sina, SMK Subang. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. SYABAS dan TAHNIAH kepada pelajar dan bekas pelajar yang telah berjaya mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tahun 2010. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain.

Thursday, March 24, 2011

SMKS HEBAT!

TAHNIAH dan SYABAS kepada pelajar SMK Subang yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Gambar-gambar semasa penyampaian slip keputusan yang disampaikan oleh PK dan PK HEM akan dimuatnaik....tungguuuu....

Friday, February 18, 2011

KELAS INTENSIF

Untuk makluman semua,sukacita dimaklumkan bahawa SMK Subang akan mengadakan Kelas Intensif untuk Tingkatan 3 dan 5 selepas waktu persekolahan seperti ketetapan berikut :

Tingkatan 3(PMR) 2011
Tarikh: Mac - Pertengahan Oktober 2011
Hari : Isnin - Selasa Masa : 1.30 - 2.30 petang

Tingkatan 5(SPM) 2011
Tarikh : Mac - Pertengahan Oktober 2011
Hari : Rabu - Khamis Masa : 1.30 - 2.45 petang
Hari : Jumaat Masa : 2.30 - 3.45 petang

Thursday, February 17, 2011

'SEIRI DAY'


Pada Sabtu, 19 Februari 2011,pihak sekolah akan mengadakan SEIRI DAY. Program tersebut adalah di bawah amalan persekitaran 5S khusus untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Semua warga SMK Subang terlibat membersihakan zon tertentu yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa 5S. Semoga dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak, program ini dapat dijayakan dengan lancar.

Friday, February 11, 2011

HATRIK...SAPU BERSIH...

SMK Subang memang HEBAT. Menjadi JOHAN Merentas Desa Peringkat Daerah selama 3 tahun berturut-turut. Sempena Kejohanan merentas desa peringkat daerah yang diadakan pada 10 Februari 2011 di RRI Sungai Buloh,SMK Subang menyapu bersih semua kategori. Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah. Kerja keras dan usaha yang berterusan daripada pihak guru telah diterjemahkan dengan KEJAYAAN MANIS ini...TAHNIAH!!!..