Kg.Melayu Subang, 40150 Shah Alam Selangor. No.Tel:03-78469673 No.Fax: 03-78471436 email: subang_06@yahoo.com.my
Monday, August 16, 2010
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR
Peperiksaan Percubaan PMR 2010 akan berlangsung pada 16-20 Ogos 2010. Semoga kejayaan mengiringi semua calon PMR.
Wednesday, July 21, 2010
HARI KEGEMILANGAN KOKURUKULUM
Sambutan Hari Kegemilangan Kokurikulum telah berlangsung dengan jayanya di Laman Al-Irsyad dari pukul 8 - 12 tgh hari tadi, yang dirasmikan oleh Puan Bahariah bt Adnan, selaku Pengetua SMK Subang. Pelbagai acara menarik sempena sambutan itu tadi. Antaranya pertandingan kawad kaki, gerai jualan dan nyanyian lagu unit beruniform. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan unit beruniform terutamanya platun Kadet Polis yang berjaya mempertahan kejuaraan kawad kawad kaki buat kali kedua berturut-turut. Begitu juga Pergerakan Puteri Islam (PPI) yang sekali lagi dinobatkan juara nyanyian laguunit beruniform. Sekalung tahniah juga kepada pengurusan Unit Kokurilum SMK Subang. Kegemilangan KOkurikulum Milik Kita Bersama.
Wednesday, June 30, 2010
HARI TERBUKA SMK SUBANG 2010
Hari Terbuka SMK Subang pada tahun ini akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 2 Julai 2010
Sesi Pagi : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi Petang : 2.30 - 6.00 petang
Ibu bapa dijemput hadir untuk mendapatkan laporan prestasi anak anda daripada guru kelas mereka. Kehadiran ibu bapa sangatlah dialu-alukan.
Tarikh : 2 Julai 2010
Sesi Pagi : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Sesi Petang : 2.30 - 6.00 petang
Ibu bapa dijemput hadir untuk mendapatkan laporan prestasi anak anda daripada guru kelas mereka. Kehadiran ibu bapa sangatlah dialu-alukan.
HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS)
Pelancaran Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Subang telah diadakan pada Isnin, 28 Jun 2010 di Laman Al-Irsyad. Majlis disempurnakan oleh Puan Bahariah bt Adnan, pengetua SMK Subang. Sempena HKS, pihak koperasi sekolah (Kosuba) akan menganjurkan bazar HKS pada hari Khamis dan Jumaat (1-2 Julai 2010). Pelbagai gerai jualan dibuka bagi memeriahkan HKS pada tahun ini. Diharap semua warga sekolah sama-sama menjayakan HKS 2010.
Monday, May 17, 2010
HARI GURU 2010
Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2010, bertempat di Laman Al-Irsyad. Pelbagai acara diadakan untuk meraikan guru-guru di sini.Gambar akan di'upload' kemudian.Harap bersabar.
Saturday, May 8, 2010
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA) 2010 telah diadakan pada 8 Mei 2010. Majlis yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn.Hj.Bajuri b Hj.Abdullah. Terima kasih kepada Pn.Sharifah Zainab b Ahmad Zambri, selaku Penyelaras HAKA dengan bantuan guru-guru dan pelajar. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pentadbir sekolah di atas kerjasama dan nasihat yang diberikan bagi melancarkan majlis ini. Tahniah juga kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang.
Antara anugerah yang telah disampaikan ialah :
1. Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2009
2.Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2009
3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM & PMR 2009
4. Anugerah Kedudukan 5 Terbaik Tingkatan 1,2 & 4 2009
5. Anugerah NILAM
6.Anugerah Mutiara
7.Anugerah Putera Mithali
Wednesday, April 14, 2010
PERASMIAN BULAN AKADEMIK 2010
Perasmian Bulan Akademik telah disempurnakan oleh En.Mustafa Kamal b Mohamed pada 5 April 2010 di Laman Al-Irsyad,SMK Subang. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena bulan Akademik. Minggu pertama merupakan Minggu Sains & Matematik, diikuti Minggu Kemanusiaan dan Minggu Votek & ICT. Semua pelajar digalakkan menyertai acara-acara yang dipertandingkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)