Thursday, March 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga SMK Subang kerana peningkatan peratus lulus dalam keputusan SPM 2009. Saudari Khaizatul Azreen bt Kamaruzaman merupakan pelajar terbaik keseluruhan dengan keputusan cemerlang 10A. Tahniah diucapkan.Semoga kejayaan ini menjadi perangsang kepada calon SPM 2010.
En.Mustafa Kamal,Penolong Kanan SMK Subang mengumumkan keputusan SPM 2009 kepada barisan pentadbir dan guru-guru.

Guru-guru tingkatan sedang meneliti keputusan peperiksaan calon SPM 2009.

Thursday, March 4, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2010

Warga SMK Subang akan berkumpul di Kompleks Sukan Panasonic,Seksyen 21 Shah Alam pada hari Sabtu ini, 6 Mac 2010 untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahun 2010. Jom ramai-ramai kita gegarkan Stadium Matsushita..Adakah Rumah Syahbandar akan mengekalkan kejuaraannya...atau Rumah Bendahara, Temenggung dan Laksamana yang akan 'merampas' takhta kejuaraan pada kali ini..Sama-sama kita saksikan..JOM PI STADIUM....

Berikut adalah suasana di Kompleks Sukan Panasonic ketika kejohanan olahraga berlangsung.

Perbarisan rumah Bendahara-JOHAN-

Acara 100 meter P1

Tarik Tali...."Tarik kuat lagi Ustaz dan Cikgu Saha..."

Seperti mana yang sedia maklum....pada tahun ini,kejuaraan telah menjadi milik Rumah Bendahara....SYABAS...kepada pasukan yang kalah...TEBUS kekalahan ini pada tahun depan...Kegemilangan Kokurikulum Milik Kita Bersama...


















Monday, March 1, 2010

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis pelantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah yang baru telah berlangsung pada 1 Mac 2010, di Laman Al-Irsyad. Majlis ini disempurnakan oleh En.Mustafa Kamal b Mohamad selaku Penolong Kanan SMK Subang.

KURSUS KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM

Kursus kepimpinan unit kokurikulum yang melibatkan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari setiap unit berlangsung di Dewan Ibnu Sinar, SMK Subang pada 1 Mac 2010.
Gambar akan di upload kemudian.

Tuesday, February 23, 2010

PRA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SUBANG

Pra sukan sekolah telah diadakan di Kompleks Sukan Panasonic,Seksyen 21,Shah Alam pada 22 Februari 2010. Antara acara yang dijalankan ialah 400M,800 M, 4x400M. Gambar semasa acara dijalankan akan di 'upload' kemudian. Harap bersabar.

Pada 23 Februari 2010 acara sukantara pula diadakan bertempat di padang sekolah. Acara yang dijalankan ialah lempar cakera, merejam lembing, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi.

Temasya Olahraga Tahunan SMK Subang akan diadakan pada 6 Mac 2010 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam. Semua warga sekolah dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Kegemilangan sukan matlamat kita bersama.

Thursday, February 18, 2010

BARISAN PENDIDIK SMK SUBANG TAHUN 2010

Maklumat Guru

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2010

NAMA PEPERIKSAAN

TARIKH

Sijil Pelajaran Malaysia (ULANGAN)

22 - 23 Jun 2010

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

5 - 7 Oktober dan 11 - 12 Oktober 2010

Sijil Pelajaran Malaysia (AMALI)

19 - 21 Oktober 2010

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

22 November - 16 Disember 2010

Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
STPM : 03 – 6136 9663
MUET : 03 – 6136 9663