Saturday, February 13, 2010

'GONG XI FA CAI'

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua guru dan pelajar berbangsa Cina.'Gong Xi Fa Cai'. Bersempena Tahun Baru Cina, sekolah akan bercuti selama 4 hari ( 13 - 16/2/2010). Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 17/2/2010(Rabu).

Friday, February 12, 2010

JAWATANKUASA ICT SMK SUBANG



Mesyuarat Jawatankuasa ICT SMK Subang kali pertama tahun ini telah diadakan pada 11 Februari 2010, bertempat di Makmal Komputer. Antara agenda yang dibincangkan ialah pengurusan makmal komputer, penambahbaikan blog sekolah dan peningkatan tahap kompetensi ICT di kalangan guru SMK Subang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En.Mustafa Kamal b Mohamad,Penolong Kanan SMK Subang.


Tugas JK ICT

Thursday, February 11, 2010

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ





Sempena sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah, satu sesi ceramah agama telah diadakan di Laman Al-Irsyad pada 11 Januari 2010. Penceramah jemputan ialah Ustaz Shakirin.

Wednesday, February 10, 2010

PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2010

Program Galakan Membaca anjuran Pusat Sumber SMK Subang telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Mustafa Kamal b Mohamad, Penolong Kanan SMK Subang pada 8 Februari 2010 bertempat di Laman Al-Irsyad SMK Subang. Antara aktiviti program ini ialah Program Membaca Bersama Pengawas Pusat Sumber - Guru.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 SMK Subang telah diadakan pada 6 Februari 2010(Sabtu) bertempat di Dewan Ibnu Sina,SMK Subang.

Pengacara Majlis mengalu-alukan kedatangan semua hadirin.

Ustaz Mohd Fauza membahaskan usul


Barisan pentadbir dan AJK PIBG mendengar usul/cadangan dari ibu bapa


Barisan AJK PIBG SMK Subang Sesi 2010/2011








MERENTAS DESA 2010


Acara Merentas Desa tahun 2010 telah diadakan pada 23 January 2010. Rumah Bendahara munculsebagai Johan pada kejohanan kali ini.Tahniah diucapkan kepada pengurusan Rumah Bendahara.

Tuesday, January 26, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga SMK Subang,semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.